Tabung Firash

Sunday 31 May 2015

Bagtag - Cupcake cute

Assalamuakaikum semua
Terima kasih jiran lama

Memang agak rumit jugak nak membuatnye
Lagi leceh dari tutudress tu
Dua kali salah buat tau
Tapi alhamdullilah menjadi

Saturday 30 May 2015

Tamat Sudah Riwayat - Terima Kasih Atas Jasamu

Assalamualaikum semua
Luahan perasaan
Ohh selamat tinggal aku ucapkan
Peneman paling setia dalam tempoh dua tahun ini


Selamat tinggal harta kesayangan ku
Tidak akan aku lupa jasa-jasamu
Akan ku kenang setiap  masa ku
Huwargggghhh
Ohhhh Samsung S4 ku

Sadis sangat
Screen gelap gelita
 Tanpa warna tanpa khabar berita
Gara-gara nak selamatkan benang sulam
Aku terkorbankan S4 ku

Kalau korang nak tau ni lah fon paling lama yang pernah aku pakai
Dan yang paling terkilannya
Ia rosak depan aku
Oh My Oh My

Aku tahan keinginan nak berfon baru
 Atas banyak faktor yang menghalang
 Keinginan nak beli mesin jahit tu lebih tinggi

Mungkin bagi korang dua tahun tak lama
Tapi bagi orang yang macam aku sentiasa tukar-tukar fon
2 tahun adalah tempoh masa yang panjang tauuu
Sebelum ni aku beli trade-in
Tak pernah la henpon rosak depan mata aku
Semuanya selamat masa pertukaran

Ye dulu aku memang gila handphone
Asal keluar yang canggih mesti beli
Kadang xsampai 3 bulan pakai dah tukar fon baru


Tamatla riwayat mu wahai S4 ku
Tapi ok jugak
Dapat merasa tepon baru
Hehehehehee

Amboiii tak setia betul aku ni
Mujur lah ada tab nak buat backup sementara nak mencari fon yang baru kan
Ákhirnya henpon idaman dalam genggaman
Ada yang perasan tak apa henpon idaman aku

Berusaha untuk aku dapatkan jugak
Gali tabung ayam ni
Cari celah2 bantal, bawah katil, yang terselit-selit dalam baju

Terpaksa batalkan niat nak beli mesin jahit baru
Insyallah ade rezeki lain beli mesin jahit ok
Mesin-mesin jahit yang ada pon belum puas pakai


Friday 29 May 2015

Perkongsian Jumaat - Doa Ketika Menaiki Kenderaan

Assalamualaikum semua
Salam Jumaat
Bersua lagi pada terakhir Jumaat bulan Mei kan

Dan bersempena cuti sekolah bermula
Pasti ramai yang akan bercuti
Sama ada pulang ke kampung atau percutian bersama keluarga
 
Sini aku kongsikan doa menaiki kenderaan
Kadang aku sendiri lupe untuk membaca
Sama-sama kita amalkan moga menjadi amalan

Bagi yang naik kenderaan udara
Ada ke yang naik kapal balik kampung

Pada semua yang sudah dan akan bercuti
Selamat bercuti
Selamat berhujung minggu
Semoga selamat perjalanan kalian pergi dan balik
Insyaallah

Thursday 28 May 2015

Terima Kasih Duniashida

Assalamualaikum semua
Semalam aku dapat sampul

Da agak siapa gerangannye kalau bukan dari duniashida
Lagipun dah lama aku tak merasa  hadiah dari blogger kan
Aku tengok ramai pulak dok post pasal dapat hadiah dari blogger kan
So aku pon taknak ketinggalan la

Taraaaa...


Aku dapat keychain
Cantikk tau
Sempena menjadi top komentar di blog beliau
Terima kasih kak shida
Ni pon kak kathy yang inform dan berikan detail
Aku pon tak perasan
Dah nama pon rezeki kan
Insyaallah akan dapat jugak

Puree Carrot Untuk Firash

Assalamualaikum semua
Ni makanan Firash  lepas 4 hari makan bubur kosong
Kita kenalkan pulak dengan sayur pulak


Ni puree Carrot tau
Campur sikit EBM nak kasi lembut masa blend
Terasa sedap lak bau puree carrot ni tau
Ada bau macam keledek
hehehe


Tu abis comot bambam ni kalau makan
Dah tak reti nak duduk diam dah sekarang ni

Wednesday 27 May 2015

Entry Kekurangan Kata - Tengok TV

Assalamualaikum semua
Salam hari Rabu
Jom tengok aksi si bambam ni kalau ralit tengok tv


Mummy tak ajar anak mummy tengok kartun
Kita tengok cerita Korea sama-sama ye
Heheheheh
Daddy jugak yang pening kan

Tuesday 26 May 2015

Bookmark - Projek Baru Mamizafstuff

Assalamaualaikum semua
Siapa antara korang yang kaki novel
Aku bekas kaki novel
Sejak tahu Firash dalam kandungan terus alah pada novel
Ehh ada ke orang macam aku?
Ye aku jadi pening bila tengok buku tebal-tebal

Sekarang dah boleh je
Cume macam biasalah kekangan masa yang membuatkan aku x0Tak empat nak isi masa lapang dengan noVel
Lebih-lebih sejak ada hobi baru

Ok da panjang merapu
Saje nak poyo tunjuk projek terbaru dari aku
Bookmark atau lebih dikenali sebagai tanda buku
Kaki-kaki novel perlu ada satu ok!!!


Macam ni la rupanya
Ni aku hadiahkan dekat kawan kerja aku
Dia hantu segala novel
So sesuai la untuk dia
Hope ko gune sampai lunyai tauu Zura

Comell tak?

Monday 25 May 2015

Renew Lesen Di JPJ

Assalamualaikum semua
Ada entry lepas aku kate aku bawak kereta sampai ke bangi tanpa perasan lesen aku mati kan
Kelmarin drive keluar sampai BTS pon tawakal jela

Kononnya tadi waktu lunch keluar la nak renew
Korang rasa??


Oh my
lebih 200 no nak kene tunggu
Kaunter hanya buka 2 je
Mampu lak nak tunggu

Pukul 1.40 aku sampai
 Jam 2.30 no terkini 1579
30 minit dalam 30 nombor je yang gerak
Agak-agak nombor aku dipanggil pukul berapa pulak

Dibuatnya sampai pukul 4 ke 5
Kerja aku kat opis tak setel lagi
Aku tanya kat akk dok kaunter tu
Tempoh sah sebelum nak renew tu
Ok selagi belum setahun masih boleh renew
Kalau dah lebih kene buat ujian JPJ
Sebab lesen aku mati 5 bulan dah
So aku balik dengan perasaan lemah dan longlai

Tergendala lagi nak renew lesen
Lain kali kene datang awal-awal pagi la kot
Korang ade pengalaman macam aku jugak ke
Pergi saje je
Tak larat nak tunggu kalau tengok nombor banyak macam tu

Firash 6 bulan - Bila Dah Belajar Makan

Assalamualaikum semua
Entry 2 minggu lepas sepatutnya
Sekarang Firash dah pon masuk 6 bulan setengah
Cepat je masa berlalu kan
Masa ni lah kita perkenalkan makanan pada si bambam ni


Mula aku dah pon perkenalkan puree epal seminggu sebelum Firash 6 bulan
Gataii mummy ni tak sabar nak bagi anak mummy makan tauu
Bagi sikit je saje nak testing2

Tapi start Firash masuk 6 bulan aku sediakan bubur kosong
Kenapa bubur kosong?? 
Dah kata pon kita nak perkenalkan makanan kan
So kene la kasi yang tawar-tawar
Tiada bahan perasa ok 
Hanya bubor kosong
Nanti tak pandai makan benda yang tawar
Nak yang ada rasa je kan

Aku masak bubur kosong tanpa garam
Lepas sejuk baru blend 
Jangan dibagi macam tu je, takot anak tercekik


Sunday 24 May 2015

Jenis-jenis Jarum dan Kegunaannya

Assalamualaikum semua

2 jarum bengkok dan 1 patah
Ganas tak?
Aktiviti tergendala gara2 tak ada jarum spare

Bila beli lain boleh salah pilih saiz pulak
Tula pandai guna tapi tak pandai bezakan saiz jarum

Akhirnya jarum saiz 11 sampai

Orang kata belajar dari kesilapan kan
Aku belajar dari pengalaman

Bila dah macam ni baru nak terhegeh-hegeh ambil tahu
Jom tengok jenis-jenis jarum dan kegunaannya

Pengetahuan sedikit yang aku ceduk dari grop di Fesbuk


Berikut adalah Kod Jarum bagi mesin-mesin jahit yang biasa digunakan.

1. HA- Mesin Jahit biasa/ portable (Singer, Brother, dll)
2. DB- Mesin Industri Jahit Lurus (Brother, Juki, Jelita
3. DP- Mesin Industri Jahit Lurus (Singer), Mesin Industri Jahit Sulam (Singer)
4. DC- Mesin Industri Jahit Tepi (SInger, Brother, Juki, dll)

Kalau guna mesin portable, kene pastikan dua benda je
1. Kod Jarum: HA
2. Saiz jarum mengikut kesesuaian kain yang dijahit

Saiz 9 - Kain yang sangat nipis, halus
Saiz 11 - Kain licin, sutera
Saiz 13/ 14 - Kain biasa/ cotton
Saiz 16 - Sederhana tebal, kain langsir
Saiz 18 - Kain tebal, jeans, dll
Jarum emas - Kain lycra, jersey

Itu jela yang aku sedikit perkongsian dari aku
Mana yang dah teror tu kompom dah tau kan
Kita ni baru la nak berjinak-jinak dalam dunia jahitan

Saturday 23 May 2015

Electric Lunch Box Rice Cooker

Assalamualaikum semua
Selamat berhujung minggu
Nak kongsikan barang baru beli
Ni semua godaan tau tak

Taraaaaaaa
 Lunch Box elektric

Dah lame dok idam benda alah ni
Akhirnya disebabkan Firash aku beli jugak
Senang kalau aku nak masak bubur untuk dia
And untuk aku jugak


Boleh steam jugak
Siap penutup lagi tau
Tempat rebus telur, sudu dan bekas pot

And aku belum pon rasmi guna lagi
Comel kan?
Siapa yang sudah ada ni
Boleh kongsi-kongsi resepi gune bekas ni


Selamat Hari Guru

Assalamualikum semua
Setelah seminggu Hari Guru berlalu
Baru berkesempatan update pasal Hari Guru
Tapi masih belum terlambat untuk aku ucapkan


Selamat Hari Guru pada semua guru-guru diseluruh Malaysia
Terutama pada biras aku Ehay di Johor dan pada pengantin baru kita cikna yang mengajar di Kelantan sebagai guru KAFA, tak lupe makcik dan pakcik belah en asben su dan ayah su yang mengajar di Kelantan jugak
Ada jugak dikalangan blogger kita pon salah seorang guru bukan??
Tidak ketinggalan pada cikgu,guru,miss, dan puan yang pernah mengajar aku

Kindergarten Yew Ee (1996)
SJK(C) Puay Chai (1997-2002)
SMK Sultan Abdul Samad (2003-2005)
SMK Lembah Subang (2005-2007)
Kolej Negeri ( 2008-2011)

Semoga usaha kalian mendidik anak-anak menjadi seorang yang berjaya
Ye aku sangat sanjung orang yang menjadi guru
Bukan senang hendak menjadi pendidik
Nak-nak kalau dapat pulak student macam aku

Kalau ditanya pekerjaan or cita-cita tak diingin memang aku akan jawab cikgu
Sebab aku tak mampu menyandang tanggungjawab yang cukup berat yang diamanahkan tau

Alhamdullilah rezeki
Tempahan Hari guru tiba-tiba masuk
Tak ada pon buka untuk tempahan
Nasib baik la 1 ni je



Terima kasih kak nurul

Friday 22 May 2015

Bodyshop Buat Sale Up To 70%

Assalamualaikum semua
Ni bukan nak promote or iklan ape ye
Ok bagi pengguna Bodyshop
Jom ramai-ramai serang ke bodyshop


Ni antara yang aku kaut tengahari tadi
Dan ahli akan dapat lagi 10% tau
Berganda-ganda wey

Lips balm tu jatuh 12 ringgit lebih je dari 45 ringgit ok
Body butter jatuh 30% + 10%
Foundation dan case ade 50% +10%
And banyak lagi
Memang rambang mata

Lama da aku dok aim foundation tu
Sebab ala-ala compact powder kan
Memang best pakai tau
Tapi dok tangguh sebab pikir 88x gak nak beli
Tau la harga dia aku boleh beli 5 bag pampers Firash tau
Dah ada sale ni apa lagi kan

Nak tau lebih lanjut korang ke website dorang je
https://www.thebodyshop.com.my/sale
Cepat jangan lepaskan peluang


Perkongsian Jumaat - Doa Pendekat Jodoh

Assalamualaikum semua
Salam tengahari Jumaat
Alhamdullilah keadaan makin pulih
Tapi still sakit kepala datang menyerang

Kali ni aku nak kongsikan Doa Pendekat Jodoh
Cik mimie ni khas untuk awak tau
 

Dan mana2 dah ade buah hati tu
Dekat-dekatkan lah jodoh semoga sampai ke jinjang pelamin ye
Aminn

Hadiah untuk Kalian Tanda Penghargaan

Assalamualaikum semua


Akhirnya selamat aku pos semuanya setelah bertangguh
Diharap jugak selamat sampai pada tuannya
Kononnya nak hidupkan lesen yang da 4 bulan mati tu
Tapi tak boleh jugak, nak taknak kene pergi ke JPJ untuk urusan

Maaf ye kawan2 mane yang lame menunggu
Terima kasih masih lagi setia menanti


Gift untuk top sweetcandy Februari, Mac, dan April


Ni hadiah Giveaway Keychain I AM yang lepas
Dan 3 orang pemenang dari Gibeaway Jejaka Hangat yang aku salah satu dari sponsor GA beliau
Dan masih ade sorang lagi yang masih belum menuntut hadiah



Ni pulak hadiah sweetcandy untuk tahun lepas
Dan sudah pon selamat sampai semuanya

Pada yang aku baru pos tu harap berpuas hati dengan pemberian yang tak seberapa dari aku tanda penghargaan daripada aku
Dan diminta semua maklumkan sesudah sampai ke tangan korang ye

Terima kasih semuanya
Pada sesiapa yang berminat or ada sebarang pertanyaan untuk menempah boleh wasap
Eh eh iklan jap
Nak bukak tempaghan pada orang yang boleh sabar menunggu je

Thursday 21 May 2015

Bila Sakit Kepala Datang Menyerang

Assalamaualaikum semua


Minggu lepas aku ade kongsikan doa untuk sakit kepala kan
Ni kalau dah tahap sampai aku merajinkan diri pergi klnik ni makna memang dah tak tahan sangat la tu
Sebab tu aktiviti blogging agak terbengkalai seminggu nie
Nak mengadap pc naik lemau rasanya

Alhamdullilah takde pape yang serius
Doktor kata aku kekurangan darah campur tak cukup rehat and still breastfeed Firash
Dan disebabkan aku masih fully BF Firash doktor berani bagi aku panadol je
Takot effect pada susu badan kalau bangi ubat yang kuat

Banyak sebenarnya aku nak kongsikan
Tapi tula disebabkan kekangan masa dan kesihatan yang tidak mengizinkan

Insyallah mane yang tertinggal tu aku akan kejar balik
Doakan kesihatan aku ye

Wednesday 20 May 2015

Entry Kekurangan Kata - Bila Kaki Dimulut

Assalamualaikum semua
Macam biasa hari Rabu
Tengok lah aksi budak kecik ni
Suka naoo masukkan kaki dalam mulut


Friday 15 May 2015

Perkongsian Jumaat - Doa Buat Kedua Ibu Bapa

Assalamualaikum semua
Pada yang sedia maklum hari ni adalah genap setahun pemergian arwah atok Jumari tercinta
Semoga arwah ditempatkan di kalangan yang beriman
Aminn

Pada anak2 jangan lupe titipkan doa buat ibu bapa kalian ye



Kami sayang mak dan abah
Semoga kalian sihat sejahtera dan sentiasa dimurahkan rezeki


Sempena Hari Ibu yang lepas aku dan adik-adik buat suprise la kononnye
Yela mase ni la adik2 aku ade
So kita harung sekali mana yang tertunggak
Hari ibu dan bapa adalah hari2
Cume kali ni kita nak sambut sebab kami sekeluarga berkumpul bersama

Kami sayang mak dan abah
Terima kasih membesarkan kami dengan sempurna

GMBM 1st GIVEAWAY 2015

http://grupmamabloggersmalaysia.blogspot.com/2015/05/gmbm-1st-giveaway-2015.html



Assalamualaikum !! Alhamdulillah,sempena Hari Ibu 2015,buat julung-julung kalinya kami berjaya melancarkan satu segmen yang di taja sepenuhnya oleh sebahagian ahli Grup Mama Bloggers Malaysia [GMBM]. Segmen ini di adakan adalah untuk memanjangkan ukhuwah sesama blogger yang menyertai segmen ini. Hadiah yang di tawarkan dalam segmen ini juga sangat menarik dan berbaloi untuk di menangi. Masa pelancaran segmen selama sebulan memberi lebih peluang penyertaan dan memenuhi syarat bagi para peserta.

Tarikh Segmen : 10 Mei - 7 Jun 2015

Syarat-syarat untuk menyertai segmen ini adalah:-

  1. Blogger Malaysia.
  2. Buat entri yang bertajuk GMBM 1st GIVEAWAY 2015.
  3. Pilihan entri samada copy dan paste sahaja entri yang di sediakan atau buat entri sendiri mengikut kreativiti anda.
  4. Mengikuti semua syarat yang di tetapkan oleh penganjur dan penaja.
  5. Semua penaja boleh menyertai segmen ini. 
  6. Lengkapkan syarat di bawah:-
  • Follow Belog


  • Follow Instagram 

@Yong | @Sofu


  • Follow Google +



  • Like Fanpages 




  • Follow FaceBook

Norihan Yusuf


♪ ♩♫ Selamat bersegmen dan semoga bertuah !! ♪ ♩♫

 
Segmen GMBM 1st GIVEAWAY 2015 di taja dan di perhebatkan oleh:-
Kathy, Maria, YY, Yong, Myja, Sofu, Ida, Ann, Mieja, Sue, Fuza, Mamaniza, Hana, Aida, Mar, Khaty, Ayumie, Mila, Zana, Sally, Fiza, Fara.

Klik Banner GA Untuk Join

SEMOGA ARWAH ATOK TENANG DISANA


Genap setahun arwah atok pergi

Semoga arwah atok ditempatkan dlm kalangan2 org y beriman
aminnn

Atok pergi pada malam jumaat
Jam 8.45mlm
Disisi 2 sepupuku Tikah and Aiman

Yang lain baru je lepas melawat

Aku masih belum kesempatan nak melawat arwah atok
Disebabkan mase ni ramai yang melarang untuk aku ikot disebabkan kandungan aku









setiap kali terkenngknnye akan aku sedekahkn al- fatihah
Sama2 lah kite


Thursday 14 May 2015

Mother's Day Giveaway By Blog XDramaQueen


Assalamualaikum
Nak mengudate mood semua dah jaoh ke dasar laut
So kita join GA jela
Jom sama2 meriahkanGA dari ayunirafilah

Sempena Hari Ibu bulan Mei ini, Ayuni ingin meraikan golongan ibu bersama kawan-kawan semua dengan membuat giveaway istimewa khas. Giveaway berlangsung 8-30 Mei 2015. 
Seorang pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan angka giliran melalui random.org. Keputusan akan diumumkan pada 31 Mei 2015.
Peserta bertuah akan memenangi sekalung rantai diamante jenama Lovisa bernilai RM100+ untuk dihadiahkan kepada ibu yang tersayang.



SYARAT-SYARAT
  1. Buat entri bertajuk "Mother's Day Giveaway By Blog XDramaQueen"
  2. Tampal banner di atas dalam entri anda
  3. Backlink kepada entri ini
  4. Tinggalkan link ke entri anda di ruang komen di bawah
  5. Follow blog XDramaQueen
  6. Like page XDramaQueen di SINI
Mudah, kan? Apa lagi, jom ajak kawan-kawan sertai sekali giveaway ini!

Entry Kekurangan Kata - Gaya Si Bambam Tidur

Assalamualaikum
Entry EEK lewat sehari
Banyak hal yang xdapat dielakkan

Pape pon jom tengok anak mummy punya gaya tidur
Aku bangon pagi je mesti gaya camni



Ikot gaya sapa tah ni kan?? 


Monday 11 May 2015

Segmen Blogwalking Cuti Semestar By Parihh




  Assalamualaikum
Bersempena dengan cuti sem selama 2 bulan Parih buat la segmen blogwalking pertama dari blog ni untuk merapatkan lagi hubungan dengan blogger2 lain .

Syarat-syarat :

1 . Follow Blog : Blog Parihh
2 . Follow Google+ : Mad Parihh
3 . Like Page : Blog Parihh Dot Com
4 . Follow Instagram : Parihh

Copy paste banner , letakkan tajuk ' Segmen Blogwalking Cuti Semestar By Parihh ' . 
Backlinkkan ke entri ni .

Hadiah :

Parih akan buat review blog dan masukkan blog dalam bloglist bagi para pemenang bertuah . 
Nak kasi duit x mampu . 
Nak pos barang pon belum pandai lagi . 
Hehee .
Review Blog : 5 pemenang
Bloglist : 10 pemenang
Harap2 sudi la join segmen dari Parihh :)

Tarikh segmen : 07 Mei - 31 Mei 2015

Friday 8 May 2015

Perkongsian Jumaat - Doa Sakit Kepala

Assalamualaikum semua
Nak update entry semua mood kelaut
Dah ke petang baru sibuk2 kan?

Sejak akhir-akhir ni sakit kepala makin kuat dan makin kerap
Tak tahu la apa penyebabnya
Campur dengan selsama disusuli batuk 
Memang perit

So hari ni aku nak kongsikan sikit petua or doa kalau korang pon sakit kepala cam aku
Insyaallah


Thursday 7 May 2015

Sweet Candy April

Assalamualaikum semua


Mei telah pon membuka tirai dengan sambutan hari buruh beberapa hari lepas
Semoga bulan ni akan lebih baik dari sebelumnya

Alhmdullilah masih diberikan kesempatan untuk bersiaran
Eh eh ingat pembaca berita ke

Ok takmo melalut
Seperti biasa 
Kali ni nk umumkan sweet candy April aku


Oleh sebab cik ash yang rajin sangat mengebom
Maka dengan ini kak ekin mengungguli carta teratas
Jom saling kunjung mngunjung


Dengan ini kak ekin sayang akan mendapat sedikit penghargaan dari ayu
Mau tak?? Cepat2..
Nak pos sekali dengan yang sweet candy yang lepas ni
Asyik tertangguh je nak ke pejabat pos


Wednesday 6 May 2015

EEK - Eh Eh Malu Laaa

Assalamualaikum
Lambat pulak entry dari Firash hari ni ye


Gamboo ni dah lama da
Geram tengok gelagat budak ni
Macam-macam anakanda ni
Suka betul tengok camera
Pastu malu-malu pulak

Saturday 2 May 2015

Keputusan Giveaway I AM Keychain

Assalamualaikum semua
Entry yang dinanti kunjung tiba
Keputusan Giveaway keychain I AM sulam

Agak lambat bersiaran
Maklumlah kesibukkan menyambut ahli baru
Ni lain entry aku cerita ok

Sekarang ni mencari 9 pemenang bertuah
Takmo bebel panjang
Jom kita semak siapa yang kene

Pemilihan menggunakan random.org 
Dengan gandaan 10 aku pilih
So nampak la adil sikit kan









Ada tak nombor bertuah korang tu
Kalau ade sila la hantar detail korang ke wasap aku ye
017-929 8064
Sebelum 12 ye, sebab 13 nak ke pejabat pos sekali harung yang tertunggak semua
Nak lambat-lambat pon ok jugak
Cume makin lambat la korang kene tunggu ye

Aku ni susah nak keluar waktu pejabat ni
Paham-paham jela

Pada yang bertuah tahniah 
Terima kasih atas sokongan korang
Sila jangan serik